<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5955046572392055926\x26blogName\x3dMY+COMPLICATED+LIFE\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kim-ping.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kim-ping.blogspot.com/\x26vt\x3d5602478652899137356', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, January 18, 2012
  Jumlah Kalori Dalam Makanan Seharian di Malaysia

Kategori:Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori





Kategori: Lauk Pauk


1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori



Kategori: Makanan Rutin


1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori



Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori





kategori minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
2.minuman kotak 250g – 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
5.aiskrim 2 skop- 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal
8.mentega 2 sudu teh – 75 kal
9.keju chedar 1 keping -58 kal



Murtabak/mutton – 1 piece – 722 kalori
Cheese Cake – 1 slice – 400 kalori
Roti Telur & Dhal – 1 piece & 1/2 cup – 414 kalori
Laksa Kari – 1 bowl – 589 kalori
Nasi Lemak – 1 complete – 644 kalori
Mee Goreng Mamak – 1 plate – 660 kalori
Lor Mee – 1 bowl – 383 kalori
Mee Rebus – 1 plate – 556 kalori
Mee/Bihun Goreng – 1 plate – 510 kalori
Kuey Goreng Kerang – 1 plate – 743 kalori
Mee Wantan – 1 plate – 409 kalori
Laksa Penang – 1 bowl – 436 kalori
Mee sup – 1 bowl – 381 kalori
Lor Mai Fun – 1 plate – 422 kalori
Nasi Briyani Kambing – 1 plate – 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging – 1 plate – 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish – 1 plate – 620 kalori
Century Egg Porridge – 1 bowl – 423 kalori
Nasi Ayam – 1 plate – 600 kalori
Nasi Goreng Biasa – 1 plate – 637 kalori
Nasi Claypot – 1 bowl – 898 kalori
Bah Kut Teh – 1 bowl – 348 kalori
Sotong goreng tepung – 1 small plate – 630 kalori
Sup Krim – 1 rice bowl – 375 kalori
Cheese burger with extra beef – 1 whole – 438 kalori
Fried fish cake with bun – 1 whole – 433 kalori
sundae chocolate – 1 cup – 380 kalori
Apple Pie – 1 piece – 260 kalori
Cheese & meat sauce – 1 small plate – 444 kalori
Sandwich chicken salad – 1 whole – 481 kalori
Pasembur – 1 plate – 752 kalori
Rojak Buah – 1 plate – 443 kalori
Tteh tarik – 1 glass – 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice

Air kacang soya segelas = 60 kalori
Air tebu segelas = 184 kalori
Ais krim sehidangan = 335 kalori
Apam balik sepotong = 300 kalori
Ayam goreng kepak = 102 kalori
Ayam goreng peha = 120 kalori
Ayam kari seketul = 250 kalori
Ayam tandoori sepotong = 220 kalori
Bakso semangkuk = 320 kalori
Bihun sup semangkuk = 350 kalori
Bijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori
Biskut cip coklat sekeping = 30 kalori
Biskut sayur 6 keping = 264 kalori
Biskut susu 2 keping = 34 kalori
Black coffee = 3.5 kalori
Bubur ayam semangkuk = 275 kalori
Bubur caca semangkuk = 300 kalori
Bubur kacang semangkuk = 100 kalori

Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori
Nasi ayam sepinggan = 600 kalori
Nasi Briyani = 448 kalori
Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori
Nasi briyani kambing sepinggan = 587 kalori
Nasi campur + 3 jenis lauk sepinggan = 620 kalori
Nasi claypot semangkuk = 898 kalori
Nasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori
Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori
Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori
Nasi lemak bersambal sepinggan = 400 kalori
Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori
Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori
Nasi putih satu setengah cawan = 260 kalori
Pasembor sepinggan = 752 kalori
Pie epal sepotong = 260 kalori
Popia basah seketul = 94 kalori
Popia goreng = 130 kalori
Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
Rojak buah sepiring = 443 kalori
Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori

Roti Naan sekeping = 308 kalori
Roti pita sekeping = 124 kalori
Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori
Roti telur sekeping = 356 kalori
Sambal sotong setengah cawan = 55 kalori
Sambal udang setengah cawan = 70 kalori
Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori
Sandwich sardin sepotong = 70 kalori
Sate ayam 10 cucuk = 365 kalori
Sayur campur goreng = 43 kalori
Seri muka sepotong = 144 kalori
Sotong goreng tepung seketul kecil = 630 kalori
Sundae chocolate secawan = 380 kalori
Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori
Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori
Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori
Taukua goreng sekeping = 110 kalori
Teh tarik segelas = 83 kalori
Telur goreng sebiji = 110 kalori
Wafer coklat sekeping= 100 kalori
Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori

Labels:

1:56 AM |

Monday, January 16, 2012
  Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.



ya Allah,
dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Ameen..

Labels:

12:48 AM |

Wednesday, January 11, 2012
  BESOK DATING

setelah sekian lama x pergi dating, akhirnya 12.01.2012 besok la tu aku akan pegi berdating. dgn membawak marlia. tu la selama ni dating kt alam cyber je.




semoga semuanya dipermudahkan Tuhan.
dilapangkan dan diluaskan hati utk menerima segala kekurangan yg ada.
semoga kali ini adalah jodoh buat aku.
yg terbaik buat kami berdua.
selamanya
hingga dpt memberi aku sebuah makna kehidupan.



alhamdullilah aku bersyukur.



Labels:

7:23 AM |

Tuesday, January 10, 2012
 



ok ni dia kawan yg aku sedang berkawan. Mohamad Azry bin Zainol Abidin.
tp seolah2 bapak x suka aku berkawan dgn dia. katanya org singapura bahaya. dan mereka juga terlalu ego.


terjadinya kes kenapa bapak xsuka org singapura sebab adik sedara aku Siti Noranisah telah dibuntingkan oleh orang sana. dan tidak bertanggunjawab.


betul kata Azry, org melayu singapura memang memandang rendah kepada melayu malaysia. sebab, mereka tidak mendapat kelebihan seperti kita kt malaysia ni. terlalu banyak kemudahan yg disediakan dr kerjaan utk kita. dan juga terlalu ramai org2 yg malas bekerja. tengok je la kt kg2, melambak anak muda bersidai kt jambatan kg, melepak. paling teruk tak kerja boleh hisap dadah. ada antara mereka suka tukar2 kerja. asik salahkan majikan sedangkan salah diri sendiri.


dan keluarga kami sendiri, bapak tak berkerja. kami cuma makan hasil sawit je. dan sawit yg ada tu pun kita upahkan org lain yg petik.

12:41 AM |

Monday, January 9, 2012
  durian oh pengangan durian



seperti sedia maklum kakak mmng suka sgt2 dgn durian. oh tolong.. habisla diet aku bersepai. seblum 15hb aku kena lost 4 kg lg. Mariana tolong jg diet anda..!

Labels:

1:00 PM |

Saturday, January 7, 2012
  Cinta

Seperti yg sedia maklum, kakak ada daftar kt myjodoh.net. hati tu kejap berkobar2 nak carik jodoh. kejap tu rasa mcm dah lemah semangat.


ok





buat masa ni aku ada rapat dengan seorang anak jati dari singapore. tak tau nak cakap macamana. yg aku pasti.. aku tak berani nak mengharap atau memberi harapan. aku takut jadi mcm sebelum2 ni.

Labels:

2:33 PM |

Friday, January 6, 2012
  impian kami dgn BOK IPLIK

aku telah terbakar dan dibakar oleh Nik utk mengecap kejayaan seperti miliknya. org yg lebih muda dari aku mampu meluaskan perniagaan sehingga ke benua Eropah. sungguh aku bangga punyai sahabat dan teman seperti dia.

Nik Mohd Faiz yg aku kenal, bukan jenis org yg memilih utk berkawan. seorang yg sangat2 peramah dan terbuka hati utk membantu kawan2 yg sedang dlm masalah dan kekusutan. penuh dgn kata2 nasihat dan dorongan. akak bangga dpt berkenalan dgn nik.

dan kat situ aku lebih tersedar dan aku bersemangat aku juga mampu lakukan seperti nik. menempah nama di negara org. meluaskan empayar peniagaan sendiri. terima kasih nik, member inspirasi kepada akak.

dan rasanya bukan mustahil utk aku kecap kejayaan walaupun sekarang aku cuma pasang angan2. ya betul kata dr azizan osman.. kita perlu ada tindakan. walaupun kewangan tidak mengizinkan tp aku pasti Allah s.w.t maha pemurah. insyaallah rezeki tu mesti ada.

ya dgn ini aku memasang impian. bakery n pastry tidak akan aku abaikan. kerana disitu la tapak permulaan perniagaan aku. dan dari situ juga aku terima pelbagai dugaan dan ujian. cuma Allah saja yg tahu. ya Allah aku bersyukur kepadaMu.

aku ingin cipta nama BOK IPLIK hingga meniti di bibir setiap org. BOK IPLIK bukan sekadar utk bakery n pastry.. tp juga kami ada cabang2 perniagaan yg lain.



ya aku berimpikan punyai kedai atau bistro. ingin aku perkenalkan kek dan rahsia kelazatan manisan BOK IPLIK. aku inginkan suasana yg santai. ada ruang makan yg selesa. kerusi dan sofa. termasuk sediakan pc utk layari internet dan tempahan online manisan atau aksesori wanita.



ok itu bercerita utk tingkat bawah, tingkat 2 aku berangan utk letak segala jenis baju, handbag dan pakaian muslimah yg boleh dibeli secara online atau walk in.

di tingkat atas sekali adalah pejabat. ruang operasi segala jenis pengurusan utk bidang2 perniagaan aku.

ya ini lah impian aku. kenapa terlalu banyak sgt perniagaan aku ceburi? kerana dari menjual kek di uptown, kami upgrade menjual pakaian pula di ekspo. dlm masa yg sama kami juga mengambil semua tempahan online termasuk mencari tender2 kerajaan.

ya Allah permudahkan la urusan hambaMu ini. bukan kerana hendak mengejar kekayaan.. tp aku hendak melapangkan hati kedua org tuaku. juga ingin berkongsi rezeki utk binatang kesayangan nabi. perluaskan la rezeki hambaMu ini ya Allah.

Labels:

7:01 AM |

Wednesday, January 4, 2012
  penangan limau mandrin





argghh terbabas pulak makan limau mandarin. cepat2 cek buku Dairi Tak Nak Gemuk. ni semua gara2 terliur tengok limau tu. ade cina bg kt opis ni.

1 biji limau mandarin 7.4kg

aku dah makan 4 biji. bermakna 29.6kg. ptgh ni sungguh2 aku betul nak pegi jogging. mlm aku makan telur separuh masak je.

9.30pg td SD2 250ml
11.30 pg sayur sawi 2 mangkuk dgn udang masak sos


======================================================================




oh tidak!!! paan dtg bawak durian. dah la aku ni hantu durian. telan lagi 2 biji. bukan 2 ulang. argghhh :(((((( diet aku!!!

mlm aku dah termakan roti 2 biji plk tu. betul2 la budak ni nak kena hukum!

Labels:

8:37 AM |

Tuesday, January 3, 2012
  Goal setting

tada.. pg td sebelum pegi keje berat dah turun. now 64kg. 19kg to go.
target skg nak sasarkan ke





64kg >>>>> 60kg sebelum 15hb Januari 2012 (4kg lost)


60kg >>>>> 58kg sebelum 28hb Januari 2012 (2kg lost)
58kg >>>>> 56kg sebelum 10hb Februari 2012 (3kg lost)


56kg >>>>> 55kg sebelum 15hb Februari 2012 (1kg lost)
55kg >>>>> 52kg sebelum 29hb Februari 2012 (3kg lost)

52kg >>>>> 50kg sebelum 8hb Mac 2012
(2kg lost)


50kg >>>>> 48kg sebelum 20 Mac 2012 (2kg lost)




48kg >>>>> 45kg sebelum 2hb April 2012 (4kg lost)





dan selepas misi ni berjaya. misi seterusnya untuk mendapatkan mr. right dan mendirikan rumahtangga. sarasaran azam tahun 2012. semoga Allah permudahkan untuk niat2 yang baik.

Labels:

2:50 PM |

  www.myjodoh.net




ok, aku rasa dah masanya aku bersedia utk membuka hati untuk berumah tangga dan lupakan kenangan yg silam. tp xkan aku nak mengurat lelaki pulak kan, so.. xde cara lain. mengorat dengan cara berhemah cuma ada di lajur lebar je.

Kadang-kadang kita tertanya, kenapa Allah menduga kita sejauh ini. tanpa lelaki, tanpa teman.. tidak ada sesiapa yg berkenan. dah masuk 29 tahun masih belum berumah tangga. Zeela Zul beri motivasi kt aku katanyanya "lenkali cuba terapkan dalam hari, apa sebenarnya yg kita dah buat pada Allah sehingga kita diuji sekuat ini". Bukan berkenaan psl jodoh je, tetapi pelbagai dugaan dan rintangan yg berlaku selama ni terhadap kehidupan aku.


"Jika kita mampu cari apa kelemahan kita, dan kita perbaiki, insyaAllah berlipat kali ganda kebahagian yang akan kita dapat. Sama juga seperti anggapan kita pada orang, jika orang tak suka kat kita.. jangan tanya kenapa orang tu tak suka. Tapi tanya kat diri sendiri apa yang kita buat sampai orang tak suka kita dan pernahkan kita berperangai macam orang tu. Kalao kita kerja asik suruh orang berubah, memang tak kemanalah kan. sebaginya kita yang perlu berubah baru ada perubahan orang lebih sayang dan minat kat kita".

Labels:

10:54 AM |

  OBESITI SIFAR UNTUK MALAYSIA

Had 20 gram karbohidrat selama Induction adalah bukan bertujuan untuk menyusahkan kite tetapi untuk memastikan badan kiter membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika kiter semua mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, stor glukosa badan kita akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Lepas tu, apa yang dibakar oleh badan kita ni sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah kita semua akan menghilangkan lemak.


ok kite tengok macamana pengumpulan lemak berlaku kat bawah ni.




jgn tak percaya yer, diet ni boleh turunkan banyak berat badan. diet yg selama ni org kata makan oat, bersenam.. sebenarnya tu semua bertujuan utk mempromosi produk mereka terutama makanan yg dikaitkan kurang kalestrol dan alatan senaman seperti mesin tredmil. ni semua idea yahudi untuk menyeleweng pemikiran kita. jika kita gemuk, kita akan menjadi malas. solat pun ntah ke mana.. komitmen kerja tiada.


OBESITI SIFAR UNTUK MALAYSIA

Labels:

4:39 AM |

Monday, January 2, 2012
  Tak Nak Gemuk's New Year Challenge !!




dgn permulaan tahun baru, aku dah pun menyenaraikan azam2 utk dilaksanakan. ok, Tak Nak Gemuk ada menganjurkan pertandingan mulai 1.1.2012 hingga Februari nti. aku nak join dan ingin merasakan diri ini dihargai hingga dipublisitikan. bole gituew? hahaha

semakin lama semakin tua. budak2 junior dan anak dara semakin lama semakin ramai yg comel2 dan cantik2. ape harapan bg org yg mcm aku ni? dah punyai kerjaya? harta? tp fizikal? harapkan dulu je la comel. skg hampeh. ingat yer mariana. kena berjuang!!

Labels:

7:31 AM |