<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5955046572392055926\x26blogName\x3dMY+COMPLICATED+LIFE\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kim-ping.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kim-ping.blogspot.com/\x26vt\x3d5602478652899137356', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, May 28, 2009
  Cicit Kesayangan Kami

Photobucket

Kehilangan merupakan satu pengalaman yang amat memilukan.. tidak kira kehilangan barang berharga, wang ringgit ataupun barang kesayangan.. tetapi kehilangan sesuatu yang amat kita kasihi amatlah menyakitkan, namun itu adalah hakikat alam di dunia dan kita harus tabah menghadapi. Semoga Cicit sentiasa baik-baik.

Cicit tak pernah kuar rumah sampai tak balik walaupun sehari je. Semua orang rindu kat Cicit. Cicit suka sangat naik kete orang. Masuk hari ni cukup seminggu Cicit belum balik lagi. Kakak risau.

Labels:

10:27 AM |

Wednesday, May 27, 2009
  IOI Mall – CFA 2nd International Cat Show 2009

Photobucket

IOI Mall – CFA 2nd International Cat Show 2009
Tempat: IOI Mall, Bandar Putra Kulai, Johor
Tarikh: 30 – 31 Mei 2009
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Juri : Ms. Pam Delabar (AB), Ms. Carolyn Lyons (AB)
Yuran :
Pedigree – All Entries RM40 / RM80
Household Pet – All Entries RM25 / RM 50 (HHP Entry Limit – 25 cats)

Labels:

7:21 AM |

Thursday, May 21, 2009
  Abai kucing, pemilik didakwa 4 tuduhan

KUALA LUMPUR - Pemilik kucing yang disaman Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan mengabaikan empat ekor kucing Parsi peliharaannya diminta membayar kos rawatan dan penjagaan haiwan tersebut sebanyak RM38,000.

Ketika hujahan di akhir kes pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya, Suhaima Mohd. Noor memohon mahkamah memerintahkan Abdul Rashid Mohd. Othman (gambar) menanggung kos tersebut sejak haiwan itu diambil oleh JPH pada 21 September 2005 hingga 2 Januari lalu.

Abdul Rashid, 54, yang menghadapi empat tuduhan mengabaikan anak-anak kucing miliknya, didakwa melakukan kesalahan itu pukul 12 tengah hari, 21 September lalu di sebuah rumah No. 65, Jalan Wan Malini 1, Sri Petaling di sini.

Ini merupakan kes pertama seorang pemilik kucing didakwa di mahkamah kerana mengabaikan penjagaan haiwan peliharaannya sehingga dua ekor kucing tersebut mati walaupun telah diberikan rawatan oleh JPH.

Dia didakwa mengabaikan seekor kucing betina berwarna hitam dan putih, seekor kucing jantan warna kuning dan putih, seekor kucing betina campuran warna kelabu, putih dan kuning serta seekor kucing jantan berwarna putih dan hitam.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_07.htm

Labels:

8:20 AM |

Tuesday, May 19, 2009
  Satu penganiayaan

Pg tadi aku hantar dolly ke klinik. Dia cirit. Hasnol bz dgn konvensyen MPP dia. Takkan aku nak paksa dia hantar Dolly pulak kan. Dia dah jaga amat la bagus.

Pastu aku pegi rumah makcik yang biak kucing.. jual kucing. Aku sempat snap beberapa gambar aje. Niat hati cam nak ngadu kat SPCA jek. Sori aku cakap... cam sial je kan benda ni sume. Mampos ko jawab la kat akhirat nanti. Sekang kat dunia pon ramai yang sumpah seranah. Lg2 aku ni kan.. yg berjiwa sensetip. Animal lover la katakan.


Baka jantan sume ader kat dalam sangkar neraka tu. Ke hulu hilir mintak dilepaskan. Tak paham ke hape orang tua tu.


Korang tak nampak ke muka-muka kesian tu...????


Dia ni kakinya cam patah. Jalan tak betol. Tengok je la pic tu. Dengan bulu-bulu kat perut dia tu. Makcik tu sendiri mengaku baka-baka kucing ni tak pernah dimandikan. Dia siram dengan air cam tu jek. Mana la datang bersihkan.


Yang seekor tu baru lepas melepas. Asek dok kais. cam la ader pasir kat situ kan. Makcik tu kata "tak per kang makcik simbah dengan air". Ko pikir ni ayam ternak ke ape. Zalim kannn


Ya ampun. Siannye. Dia mintak dilepaskan. Panjat nak kuar. Agaknya mintak aku jaga dia dengan baik kot. Apalah nasib ko kucing.


Ni lagi. Kalo bole dia cakap.. mesti depa sume merayu kat tuan dia ni kan. Kalo aku dah konpom bagi je maki hamun

Labels:

4:38 AM |

Monday, May 18, 2009
  hantaran amal utk halim






aku buat gubahan hantaran untuk amal. ok tak? huhuhuhu baru-baru menceburi dalam dunia ni. ni adalah tempahan kedua yang aku terima. meh la komen. malu tauu.. budak baru belajar.

Labels:

6:30 AM |

Tuesday, May 12, 2009
  jangan kau keterlaluan

Photobucket

9:46 AM |

  biak kucing. jual kucing

hai kawan2..

ari ahad lepas kan.. ntah cemane gatal nak carik kucing, abis 1 bandar BP tu ku geledah carik. nak dijadikkan citer, hasnol cakap ader 1 rumah tu memang dia biakkan kucing banyak2 utk dijual.

hati memula girang la kan tak lame tu berduka pulak. benarnye aku tak sampai hati sgt dengan cara pembiakkan kucing tersebut. tak tau la kalo mmng dah caranya mmng cengitu kan.

antara ketidak puasan hati ni kan...baka jantan dan kucing2 betina tu tak terjaga. bulu gugur teruk sgt. ader yg muka berkudis . tk tau la tu kudis ke kurapkan. keadaan mereka kotor sgt . cam tak pernah dimandikan. sangkar tempat pembiakkan pon kotor. cam sangkar ayam ternak tu. bulu kucing bersepah2 tersepit & terselit kat memane tempat.

jumlah keseluruhan kucing rasenye lebih 20 ekor tak termasuk anak kucing yg baru lahir.

mungkin jugak tuan dia sibuk sbb tu keadaan mereka tak terjaga. tp betul ke cara pembiakkan kucing memang cengitu kawan2? jiwa ni terganggu la sejak tengok keadaan sume kucing2 tu.

Labels:

8:49 AM |