<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5955046572392055926\x26blogName\x3dMY+COMPLICATED+LIFE\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kim-ping.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kim-ping.blogspot.com/\x26vt\x3d5602478652899137356', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, October 30, 2008
  Gamelan UTHM













2:09 AM |

Tuesday, October 28, 2008
  SUMI-SUMI a.k.a CHUMI-CHUMI




Ni lah satu peragai yang masih tak hilang pada budak sumi-sumi. Suka buat-buat nak isap mimik kat gebor orang. Geram pulak aku. Kadang-kadang dah buang lalu tingkap, dia tetap masuk balik bilik nak mimik.

Mak yang panggil dengan nama SUMI-SUMI. Kiteorang ikut ajer. Dia nilah yang mengajar sume natang tersayang berkelakuan agak kurang asam. Lari-lari kat atas bumbung rumah la..masuk rumah jiran la..g kebun la. Lagi satu perkara yang dia gemar adalah leset kat kaki orang yang baru lepas kuar dari tandas.

Sumi-sumi ni aku amik kat Pian Gelas Besar masa umur dia lebih kurang sebulan gitu. Bulan empat aritu. Means.. sekarang ni umur dia lebih kurang 8 bulan lah.

Malam tu aku kuar minum dengan Aina. Pastu aku nampak ader dua anak kucing yang agak tidak bernasib baik. Maka dengan itu aku sedih tengok keadaan diaorang. So.. aku pun bawak la balik.


Labels:

11:52 PM |

Tuesday, October 21, 2008
  Oh Tiara





Pa'an baru beli tiara lagi. Kau tau bape regenye..? Cume 1 tiang je kau. Means seribu la. Pengsan tak kau?!

Biasalah adik aku yang sorang ni.. partime job dia jual beli kete. Pas dia baiki apa yang patut dia jual balik.

Aku bukan nak promote dia dengan kete-kete 2nd hand tu. Adakalanya pada aku bagus beli kete cash. Tak payah berhutang. Asal boleh jalan dan berguna untuk seisi keluarga sudah. Kau nak tambah-tambah hutang dah kenapa? Takat nak bergaya sajork baik tak payah. Tak gitu cik Pian??

Benornya kete tiara yang bernombor flat JEQ 8660 tu ader sejarahnya. Dulu aku suka test drive. Pulak tu yang lagi best abah siap bagi Daihatsu Feroza. Sakan la haku kan! Kebetulan satu hari tu si abg Hairi nak tukar kete dengan aku. Nak dijadikan cite.. time aku merayau bawak si tiara ni si Kak Long (kakak dier) bole ternampak la pulak. Tak ke haru? Abis dia tuduhnya aku nak jahanamkan tiara tu. Mampus dekat bertahun jugak la aku kecik hati dengan family diaorang.

Nah kau.. sekarang tiara yang korang gaduhkan tulah dah jadi kepunyaan kami. Pastu kiteorang pakat nak jual pulak pada Bangla bang. Korang tengok jela tiara biru tu usung karpet sana sini.

4:29 PM |

Sunday, October 19, 2008
  Budak-budak yang kena hukum

Lantak la sana. 3 hari 3 malam aku takkan kuarkan diaorang dari sangkar. Sape suruh lari-lari kat atas bumbung. Bengang betul aku malam tu.


Alamak, tetiba pulak aku teringat kat Chip. Aku janji nak jumpa kat JB. Tapi minggu keberapa ek..


Sekarang ni aku tengah dok melanggu tunggu group BP datang beraya. Dari 3.30pm aku tunggu sampai larrr ni 5.30pm 1 batang idung pun tak sampai. Memang menguji kesabaran betul. Tapi mungkin jugak diaorang sampai malam. Sebab sekarang ni tengah ujan lebat.


Lastt.. yang datang cuma 3 family jek. Abg Najib, Abg. Aris & family dan Kak Ani bersama Abg. Man n Irfan. Macam-macam yang kak Ani ceritakan.





Aku pulak belum amik keputusan lagi nak g Majlis Hari Raya SYN Jumaat depan kat Dewan Jubli Intan JB. Mesti ramai tanya.. mana aku menghilang.

Labels:

9:51 AM |

Friday, October 17, 2008
  Face






10:20 AM |

Tuesday, October 14, 2008
  UNDERCONTRUCTION

Blog sedang dalam pembinaan.
Jika sesiapa terlihat benda yang tidak sepatutnya..
harap maklum ye.
Sekian.

2:59 AM |

Monday, October 13, 2008
  Holiday!! Banyak duit kau


Aku da buat tempahan online kat Air Asia untuk 6 orang.

JB - Surabaya :- 1 Nov 2008
Surabaya - JB :- 8 Nov 2008

Aku amik cuti ganti 2 hari dan 3 hari cuti rehat untuk ke sana. Akan ku berontak jika permohonan cuti aku tak lulus. Banyak cantik yerk.. cuti aku banyak lagi. So aku layak untuk gunakannya!

Mak dengan Bibi tinggal dengan ditemani Pa'an dan Fara. Aku harap diaorang tak bosan. Kerana tujuan aku pergi ke Surabaya pun bukan sekadar bercuti. Tapi aku nak tengok market kat sana untuk bisnes aku nanti.

Hmm.. bunyi macam sedap je kan. Banyak pengorbanan perlu dilakukan. Mak tunggu yer.. kakak tetap akan tunaikan hajat untuk mak dengan sebuah rumah yang lengkap seperti mak idamkan.

Labels:

7:37 AM |

Friday, October 10, 2008
  My Sony Was Sick




Aku da hantar p klinik. Aritu sony jatuh gedebuk kat atas jalan raya yang bertar. Abis rosak speaker dan joystiknya. Mungkin aku dah terbayang-bayang nak beli iPhone. Smart tak?


Aku pergi JPN daerah Batu Pahat. Renew paspot. Ya ampun... aku memang bengang ar dengan kakitangan kerajaan. Dok borak, dok makan, jalan ke hulu hilir. Last-last paspot aku siap 2 jam. Mungkin tu prosuder diaorang. Dan aku mungkin begitu. Time jaga kaunter boleh main game dan makan-makan sambil bergosip.
Citer pasal paspot.. ader tempat yang aku nak lawati. Petang ni aku nak g booking tiket kat Air Asia.
Oh lupa.. buat masa ni seminggu aku tak dapat dicontact oleh sesiapa. Jangan luper. Sony aku sakit!

1:49 AM |

Thursday, October 9, 2008
  Tembun Cun



Amik kau. Nak sangat tengok gambar aku kan.
Bulat tak?

Labels:

4:05 AM |

  Raye!


Ni gambar raya. Malas pulak nak amik gambar banyak-banyak. Cuma ada satu je ni. Raya tahun ni best sikit. Keluarga Cik Tom dengan Cik Mentik beraya kat kampung. Diaorg balik 2 hari awal dengan anak dan cucu-cucu. Penuh giler rumah masa tu.
Malam sebelum raya family buat bbq. Aku pulak kuar jap carik baju untuk Tasya. Benornya malas betul nak kuar g Pt. Raja. Pastu sekali lagi aku diajak Kak Zai g Pt. Raja. Ramai betul orang. Sesak.. sampai susah nak bernafas. Pergi dengan Abg. Adil sekali. Bawak Ikhlas.
Masakan yang special adalah pakloi. Makanan orang bugis. Dia macam ketupat. Tapi bentuk 3 segi. Isinya pulut. Sedap makan dengan rendang. Hmm.. terliur aku.
Raya pertama aku tak ikut mak balik Kluang. Aku g beraya kat Pontian. Arwah atuk pun dah tak de. Dah tak seronok balik rumah atuk.
Aku amik cuti ganti 2 hari je. Tak pergi rumah kawan. Cuma pergi rumah sedara mara. Aktiviti tahunan macam biasa. Konvoi beramai-ramai.

3:39 AM |

  Paris















Alah kucen ni... Nama dia Paris Hilton. Sejarah nama dia ni sebab aku terbaca gosip terbaru pasal Paris Hilton. So.. aku namakan je la anak kucen ekor sontot ni.

Aku amik 3 hari sebelum raya. Aku terjumpa kat tepi jalan depan kampung sebelum aku pergi kerja. Dia sorang-sorang je.

Memula bawak balik Cumi2, Cicit dengan Geyap tak suka. Asik nak lawan suara je. Aku geram aku satukan dalam sangkar. Pas 4 hari diaorg tu sume dah macam adik beradik.

Kawan sepermainan Paris adalah Geyap. Paris ni perangai lain sikit. Tengok je la dia tidur macam mana.

Ni lah kesayangan kami sekeluarga. Kucen-kucen tu sumer dah macam keluarga sendiri. Ada 5 ekor sekarang.. termasuk Musang.

Nanti aku update cerita dan gelagat diaorg tu. Adik ader amik gambar budak-budak tu ikut g kebun sawit. Tu pun salah satu aktiviti kucen-kucen tu buat selain dari makan, tidor, main.. popoh (berak).

Tunggu yer..

Labels:

12:25 AM |

  9 Oktober 2008 1.15 pagi

Aku tak bole tido. Dari petang layang tv sampai 1 pagi. Tadi aku nak ke dapur. Ntah macamana cincin ni sangkut lagi katpintu. Kali ni bukan je tambah bengkok.. tapi siap retak lagi.


Cincin ni banyak kenangan. Antara aku dengan Shamsul (SYAMRIYANA). Orang yang pernah men*****i aku seikhlas-ikhlasnya. Sehinggakan dia sanggup beli cincin untuk ikat aku dengan duit poket sekolahnya. Memang dulu aku bodoh tinggalkan dia. Tapi masa tu aku budak lagi. Shamsul ajak aku kahwin dalam umur yang muda. Sedangkan masa tu aku pun tengah berkawan dengan Bahrin dan Faizul. Last-last aku tinggalkan semua. Pada aku cinta terlalu membosankan. Kena banyak bermain dengan perasaan. Kongkongan, cemburu, merajuk tu semua kena ada.


Dan sekarang aku terima pembalasan. Atas permainan yang pernah aku lakukan terutama pada Shamsul yang banyak berkorban untuk aku... nah amik kau! Sampai sekarang (umur aku 25 tahun) aku masih tak ada bakal teman hidup untuk aku. Ya betul.. aku memang memilih. Tak salahkan? Tunggu je lah nanti.. siapa jodoh aku.


Sampai sekarang aku teringatkan Shamsul. Asyik termimpi.. asyik terkenang. Tu semua dah lambat. Dia dah pun berkahwin dan punyai anak satu. Cuma pemberian cincin nilah kenangan aku. Akan aku simpan sampai bila-bila. Mungkin bila aku dah tua dan punyai anak dan cucu baru aku pulangkan pada dia.


Demi menggantikan cincin yang bengkok ni.. aku nak beli satu lagi cincin yang sama bentuk dan coraknya.


Tulah.. cinta memang buta. Tuli pulak tu.

12:07 AM |

  Terkedu Aku

DUIT AKU HILANG!! tetiba terasa terawang-awangan.


Walaupun bukan besar cuma RM150
tapi besar gunanya untuk orang yang betul-betul memerlukannya.
Tuhan.. tolong aku.

12:04 AM |