<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5955046572392055926\x26blogName\x3dMY+COMPLICATED+LIFE\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kim-ping.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kim-ping.blogspot.com/\x26vt\x3d5602478652899137356', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, December 15, 2009
  perfume asam pedas

elo kawan-kawan.


berbahagia nampaknye korang erk. harini aku pulak yang hampa. dah la pakai sket punye cantik gini tetiba kantoi bau hanyir plk.


ape kes ni? hmm nak dijadikan cite... tengahari tadi aku p la teman kak nadia renew roadtax dgn insuran. tetibe dia terpijak rezeki dr mane ntah bole terjumpe not RM50 2 keping kt wallet dia. Yela.. time2 camni adalah zaman kejatuhan sbb lg 2 hr lg nak gajikan. dengan sukerianye dia ajak la aku p makan asam pedas.


hmmm sedapnye. dah terbayang sambal belacan. dalam tengah borak2 dgn dia fikiran ni sambil mengelamun. fikirkan psl si Azizol la tak contact aku 2 harini. ntah camne terasa aku cam tengah terbang lak masa amik kuah asam pedas tu. tau2 je dah mencurah2 kuah tu kt baju aku yang cantik ni.


Walah.. walah enduk! Kayo apo toh.


aku tak balik tukar baju pon. basuh camtu je. lgpon tengahari kak sari lak ajak ngeteh. walau camne pon, asam pedas tu tetap abis. TENGOK!! diet konon. melantak jugak. abislah treatment aku. sia-sia je.


Moral of the story.. khas utk pakwe aku la, jangan missed antar sms tetiap hari ok. biasenye dia akan ckp take a good care to myself. kalo dia tak cakap.. ader je la yg tak kena. ko tak doakan kesejahteraan utk aku ek..?

ni hah pic sambal belacan tu. emm sedapnye. aku sanggup makan sambal ni dengan timun je taw.

6:36 AM |

Friday, December 11, 2009
  oh diet.. oh kurus

http://www.emocutez.comsalam penuh keceriaan. ecehhh...!

Hmm.. kembali aku semula dengan entry menguruskan badan. Lame tak de cite tentang program tu erk. Setelah sebulan selepas raya aku menjalani latihan dansarobik bersama kak uda, tetiba aku terpanggil semula untuk menyambung program slimming di Mayfair Bodyline. Sebanyak 15 sesi aku masih tertunggak. Bajet nak guna lepas beranak nanti. Tapi kawinnye pon tak jugak... so sambung je lakan.


Kali ni aku tumpukan perhatian kat peha dan punggung. Sume org sedia maklumkan, aset aku memang over kt bahagian situ. Sape tak segan woo.


Pada dasarnye memang la azab kan g Mayfair tu sebab lps abis treatment je mesti amoi tu dok promote mcm2. Kate aku ni bnyak sgt toksin dlm badan la, aku kena beli itu ini la. Sib baik la aku cekalkan hati, tanam niat bahawasanye aku takkan terpengaruh dan membazirkan duit aku lagi.



http://www.emocutez.com(-_*) RESULT \(*o*)/http://www.emocutez.com



1st treatment 2 Dec 2009 - cam biase je.
** minggu pertama diet >>> aku yg hampeh. langsung tak diet. dok bantai sume makanan termasuk kek. tak ikut pon plan pemakanan yg diberi

2nd treatment 9 Dec 2009 - turun 1.2 kg. Body fat tak berubah.
**

3rd treatment 26 Dec 2009 - turun! 59 kg. body fat 37





>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


ENYRY INI AKAN SENTIASA DIUPDATE DR MASA KE SEMASA UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSANNYA. LAST TREATMENT AKAN BERAKHIR PADA AWAL BULAN MAC 2010. DOAKAN KEJAYAAN AKU K.


YEEEBAAAA!!!!!!!!!! http://www.emocutez.com

Labels:

2:56 AM |

Wednesday, December 9, 2009
  Indonesian Fair 2009

Minggu lepas aku ader show gamelan kt Plaza Kotaraya. Pembawakkan lagu2 kali ni memang amat2 la menguji kesabaran. Kebetulan lak ader penyanyi sekali. Nyanyi lagu Jawa.



Ni Pak Herman. Guru yg mengajar gamelan utk staf UTHM.


Tujuannye Indonesian Fair ni diadakan adalah untuk memberi pendedahan yg lebih meluas kpd pengunjung berkenaan produk2 yang dihasilkan dr Indonesia. Antaranya baju2, kain songket, batik, kraftangan, makanan ringan dan banyak lagi.

Aku tak beli pon. Tengok je.




Pic kat bawah ni mcm la tak kenal sape kan.

Kami bukan pelajar2 Indonesia di UTM ya. Bukan seperti yang kamu sume baca di dada akhbar. Kami adalah anak buah dibawah bimbingan Pak Herman untuk pasukan Gamelan UTHM.

1:45 AM |

Monday, December 7, 2009
  Geyap





Tinggal kenangan. Kucing abah dah tak ade. Eksiden kena langgar. Kematian dia setelah 2 hari baru kami sedar.

Labels:

3:18 AM |

  Citer baru

haluuu. rindu tak? lame tak edit entrykan. bz kat facebook la. kalo nak tengok gambar laters... rerajin la melawat kt sane. mcm2 ader. yang penting cik mar ni tetap comel dan tembam gituew.


tengah jalan2 kt dunia gosip artis tetibe ternampak filem baru lak. akan ditayangkan 31 Disember 2009 ni. hm.. tak dapat la nak p tengok dengan kekasih hati. almaklumkan dapat dating cume sebulan sekali je. itu pon kalo nasib baik. kalo kureng baik... cume dapat jumpe sekali dlm masa 2 bln. harus la aku dapat awardkan. sabar menanti!


Ni trailer filem DUHAI SI PARI-PARI. Sekali tengok trailer ni pun dah terasa filem ni mesti kelakar habis. agak2 cam cite papadom tak bestnye citer ni? harap2 la erk..


meh la tonton trailer ni…





Pelakon Filem Duhai Si Pari-Pari:

1. Que Haidar sebagai Syadon
2. Liyana Jasmay sebagai Pari
3. Remy Ishak sebagai Budi
4. Nabila Huda sebagai Mala
5. Harun Salim Bachik sebagai Para
6. Farid Kamil Zahari sebagai Pemilik Kereta Sport
7. Datuk Aziz Sattar sebagai Pak Ajis
8. Zizan Raja Lawak sebagai Penyamun
9. Hans Isaac sebagai Tuan Rumah


SINOPSIS DUHAI SI PARI-PARI

Syadon merasakan hidupnya sempurna apabila Mala, seorang gadis cantik menganggapnya sebagai seorang ‘kekasih’. Pada suatu hari Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut oleh orang jahat (Budi). Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya dan selepas menyerahkan wang Syadon dipukul dan ditinggalkan di lorong gelap. Setelah tersedar, didapati Mala, kereta dan duitnya telah hilang.

Yang ada di depan mata ialah teko keemasan yang terselit di celah sampah-sarap, lalu dibawanya pulang. Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis (Pari) tidur di sebelahnya. Setelah Pari menerangkan yang beliau sedang mencari ‘kekasih’, terus sahaja Syadon menunjukkan rumah jirannya yang ada anak bujang. Disangkanya Pari tersalah rumah.

Bapa Pari (Para) kurang bersetuju dengan pilihan anaknya. Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita. Tetapi Pari berkeras mahukan Syadon dan enggan pulang ke dunia kayangannya.

Para kemudiannya memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya. Syadon pulang ke rumah mendapati Pari masih lagi di situ.

Syadon bertanya siapa Pari sebenarnya. Setelah diterangkan, Syadon sukar mempercayainya. Dia bukan bodoh untuk percaya cerita karut Pari itu. Pari terpaksa membuktikan kata-katanya dengan menunaikan permintaan Syadon yang mahukan dua guni duit… barulah Syadon percaya dengan kata-kata Pari.

Dengan duit dua guni tersebut, Syadon mahu membeli sebuat kereta sports. Tiba-tiba Syadon ternampak Volkswagennya. Dia mendekati tetapi terserempak pula dengan Mala. Mala yang pura-pura terkena penyakit hilang ingatan, terus sahaja sembuh apabila ternampak duit Syadon yang begitu banyak.

Syadon kembali mabuk cinta. Pari kecewa… tambahan pula Pari kini sudah mengetahui siapa Mala dan Budi sebenarnya.

Maka bermulalah usaha Para dan Pari melumpuhkan kegiatan Mala dan Budi. Dengan usaha Para dan Pari, Syadon akhirnya mengetahui siapa Mala sebenarnya. Tetapi dapatkah Syadon melihat wajah Pari yang sebenarnya? Sementara itu, Pari pula semakin kesuntukan waktu… apakah cinta yang dicarinya akan hilang bersama dengan kelopak bunga yang terakhir.

2:36 AM |