<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5955046572392055926\x26blogName\x3dMY+COMPLICATED+LIFE\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kim-ping.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kim-ping.blogspot.com/\x26vt\x3d5602478652899137356', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, April 30, 2009
  Ikenai Taiyou

PERINGATAN : Tajuk tak de kena mengena dengan entry.


hahahahaha hampeh je kan. aku tinggalkan bebudak opis ni layan tengok X-men. Ekekekeh.. mintak hampon, mintak maap. Sayer bukan sengaje. Tapi kebetulan ader orang nak amik kat rumah n usung aku sampai MBO. Sedar-sedar aku dah ader kt panggung wayang. Hehehe

Mak aiii.. sejak dua menjak ni rajin benor aku tengok wayang. Ape kes ni?

Meh cite sket psl wayang. Untuk bulan ni je aku dah tengok 5 citer. Bole tahan jugak aku ni.

Jangan tegur >>> janganlah tengok
Confessions Of A Shopaholic >>> Aku bukan jenis yang bergini
Fast & Furious 4 >>> Best wooo
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam >>> Boley arr
X-Men Origins: Wolverine >>> Mabeles

Dah tak de masa aku nak bermesra-mesraan dengan kucen2 busuk kat rumah tu. Rindu rasenye.

Hmm.. cuti 1 Mei ni pe program? Cuti pon akan berlarutan selame 3 hari. Kebiasaannye aku memang dok rumah layan vcd Korea bersama muntuk-muntuk 10 ekor. Oleh kerana aku ni jenis tak kisah, so kemungkinan besar antara cuti 3 hari tu aku dok melayan kepala orang yang sentiase keboringan dok rumah. Almaklumlah member tu jenis yang suke merayau.


Rasenye cam nak p lumban jek. Emm nak p pantai ke air terjun ek. Ader cadangan tak?


Skg ni tengah minggu exam. Pastu kosong la kampus ni. Pembikinan jalan pon masih tak selesai2 lagi dari bulan dobelas ritu. Persediaan untuk intake n konvo pon dah mule sket2.


Eh ape motip aku nak cite kat entry kali ni? adoi larrr. No idea lahh. Oh ye... minggu depan aku p bengkel gamelan 3 hari kat jb. Hati ni terasa riang taw. Yela, aku betul2 minat kat muzik gamelan. Gian mengetuk pon ader gak. Meh tengok ar schedule aku untuk bulan Mei. Sesape nak ajak aku merambu tempah awal k. Cam bagus je kan. Depa ni tak tau.. aku ni bukan jenis kaki rayau. Dok rumah lagi besh.



Labels:

1:23 AM |

Wednesday, April 22, 2009
  Sok gaji...?!

Tahu tak korang???

Kakitangan kerajaan akan menerima gaji mereka setiap 25 hb dan ke bawah. Mereka tidak akan dibayar gaji sebelum 25 hb setiap bulan.

Katakan, 25 hb jatuh pada hari jumaat, kakitangan kerajaan akan menerima gaji pada 24 hb, Khamis, kerana pekerja di Kelantan dan Kedah tidak berkhidmat pada hari jumaat.

Katakan 25 hb, jatuh pada hari sabtu, maka semua kakitangan kerajaan akan mendapat gaji pada 23 hb, Khamis atas alasan yang sama di atas, dan

Katakan 25 hb jatuh pada hari Ahad, semua kakitangan kerajaan akan menerima gaji pada 22 hb, iaitu pada hari khamis.

Untuk setiap kakitangan kerajaan, dalam sebulan ada sebuah Khamis yang mengembirakan.

Yahoooo!!


25 jatuh pada Hari ahad, dan hari Khamis adalah cuti umum misalnya, maka gaji akan diberi pada hari Rabu, 21 hb bulan tersebut.



Tapi tahukah anda....

Kebanyakkan kakitangan kerajaan akan kehabisan wangnya sebelum sebahagian dari kakitangan swasta memperolehi gaji mereka pada 31 hb, bulan tersebut.


-----------------------------------------------------------------------------

Tahu tak aperr!!!



Tahukah korang.. artikel kat atas tu aku copy & paste dari blog akak fibie?? Hehehe.. benornye aku terasa kauuu ape yang akak Fibie tu cakap. Artikel tu aku copy & paste bukan saje suke2 sebab kekeringan idea keh. Tapi.. untuk peringatan diri sendirik. Yelahh blog ni pon bukannye glamer kan. Balik-balik aku sorang jek yang baca. Hikk.


Bukannye ape.. kalo time banyak duit cam tak hengat dunia ko. Shopping situ sane sini. Makan nak kat tempat mewah. Beli baju pon nak ader brand. Tu brandsek namenye!! Seposen jatuh kat lantai pon buat "don't know" sajork.
Eeee tak patut betolkan.


Biler dah hujung bulan... jangan tak percaye la ek. And jangan korang nak menipu okeh... seposen pon kalo bole korang nak korek-korek kan?? Betol tak.. betol tak? Apetah lagi yang sedang berchenta. Kredit hendpon mane bole abis. Kang cemane nak antar repot setiap jam kat laling. Ecehh..


Hehehe pandai je aku ni. Tapi betol kann?


Satu lagi yang bestnye, biler poket dah kosong. Sume kad tak bole jolok.. sumenye akan jadik PMS.


PINJAM MAK SEBENTAR.. kang gaji ganti balik duit mak. Janji! Tak tipu!


Ekekekekeh.

Weh ini baru cite yang bujang. Yang masih ader mak bapak.
Gaji sebulan pun tak cukup untuk diri sendiri... lagi ader hati nak kawin.





Bistu...
pe cer kat org yang dah berumahtangga pulak ek? Sori.. gua tak de pengalaman beb!!

7:43 AM |

  YUMI

Photobucket


anak sape la ni. ishhhkkk... betape la baiknye ko. tuan dia bwk jln2 naik kete bole diam dan senyap jek. aku tanye.. bisu ker? tp tuan dia kate mmng budak2 kt rumah tu jenis diam. tak berbunyik. ader pulak jenis cengitu hek?

tak per la.. tapi budak ni teramat la sopannye. aku terasa cam nak lambung jek. pakkal la tuan dia ader.

sabaa... saba yana!!

Labels:

3:19 AM |

Thursday, April 16, 2009
  Budak 3 bersama Mamat Momot

Labels:

8:21 AM |

Wednesday, April 15, 2009
  Eh.. eh

Kemelesetan ekonomi mempengaruhi corak kita bershopping sakan sejak dua menjak ni. Eh ye kerr… tak pasan pon? Arini ramai yang lebih suke bersikap tunggu & lihat, membanding2kan rege barang, kualiti dan cume beli barang yang perlu sajork. Hmm nampaknye sikap berati2 dan berhemah ni selalu digunakan pakai bg org2 yang dah terbiase sengkek pd sebelum ujung bln. Hehe tanak pokai sebelum waktu katanya.

Bergaya dengan barangan terpakai. Wahhh bole ke?

Menyambut kedatangan kegawatan ekonomi kali ke tiga ni…aku telah membongkar gobok biruku itueww untuk membuat satu pembaharuan. Seperti mana sume orang sedia maklum.. KONONnyee aku ni bijak dan kreatif la kan.

Sekang dipertontonkan transformasi baju2 keje aku yang dl membosankan sekarang penuh manik di lengan tangan. Macam gelang gitu. Dah tak payah pakai barang emas.



Kekawan…

Kite perlu jadi pengguna yang bijak untuk elak pembaziran. Betol tu betol! Gawat ke takk… yang penting kite perlu membelanjakan setiap sen kite dengan berbaloi. Aku tujukan idea ni pada korang pompuan disana yang inginkan transformasi yang baik dan berkesan ni. Baik untuk duit poket korang.. dan baik juga untuk almari korang. Sudah2 la la buat@beli baju baru. Memboyot pulak gobok memasing. Bagi yang pandai jahit lebih baik jahit manik sendiri… ye tak? Bagi yang tak ‘telaten’ cam aku ni.. upahkan orang saja. Untuk upah contoh cam baju aku ni lengan kanan dan kiri baru RM15.00. Tu pun antar kat tempat kakak sedara. Rege yg dia bg tu termasuk manik sekali. Tp kalo manik yg cantik dan kilat tu mahal sket sebab ikut rege manik la. Kalo kite bak datang manik dan design sendirik pon bole jgk. Upah tetap dikira RM15.00 utk kedua belah lengan. Kalo ader sesape minat nak jahit manik dilengan.. meh contact dengan aku.

* Entry ini diterbitkan bagi membantu menambahkan rezeki kakak sepupu yang mempunyai 5 orang anak kecil yang masih bersekolah. Terima kasih.

3:38 AM |

Monday, April 13, 2009
  ZASS

We have referred to the "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."


After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

________________________________________________________________________

What is Spay/Neuter?
The term neutering refers to a minor operation to remove the reproductive organs of the male and female animal, while spaying is specific to female animals.

Stray Animal Population Control
Thousands of stray animals and unwanted litters face euthanasia or are suffering on the streets, please neuter your pets and help prevent this problem. Starting from 2 cats, you can end up with as many as 20,000 kittens and cats in a matter of 7 years.

Do you have the means to care for them or to find them homes? The majority of strays cannot get sufficient food, are exposed to diseases and to the taunting and cruelty of heartless people; they often also end up maimed or dead from accidents. Don’t be a part of the problem, be a part of the solution.

Heath Benefits
>>> Females
- Decreases the risk of mammary tumors (breast cancer)
- Eliminates the risk of uterine infections (pyometra)
- Reduces the risk of TVT (Transmissible Venereal Tumour), a sexually transmitted cancer.
- Avoid the risks of pregnancy and birth.

>>> Males
- Reduces the chances of TVT
- Eliminates the risk of testicular cancer
- Markedly reduces the risk of prostrate cancer, anal gland cancer

1.Behaviour Benefits
* Reduces stress
* Prevents wandering and roaming in search of females, which can lead to:
- road accidents
- fighting leading to wounds and infections
- spread of diseases such as TVT
* Eliminates marking of territory by urine spraying and reduces odor
* Reduces interdog aggression.
* Avoid embarrassing moments where dogs like to 'mount' on peoples leg.
* Eliminate the the frantic pacing and crying while in heat.
* Spayed and neutered pets are more relaxed, and more homely

Labels:

5:25 AM |

Friday, April 10, 2009
  Buntalnye pipi koo!

Kalo dah mulut ni gatal kate bizi... jadik bizi la kite. kann...?
Gara-gara aku nak mengelakkan diri dari seseorang, aku katakan padanye "bizi" dan aku telah mengsengajakan menceburi pelbagai program dan aktiviti. Kau tauu...n ampaknye mulai awal tahun sampai la ujung tahun ni aku sentiasa dihurungi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan tidak membosankan. Antaranya menghadiri kursus anjuran luar & dalam kampus melebihi 42jam. Dan....... sudah semestinye terlibat dengan aktiviti gamelan tetiap minggu. I sukee!

Kali ni.. pada minggu ini, aku dah pun tamat dengan jayanye menghadiri kursus adobe photoshop kt UTM. Puas hati laa walaupun ader secalit ke"benggang"an dengan org dsebelah aku tu. hikks! lantak ko la timah. Mane aku tau gelaran ko Doktor kann. Tak bawak ke mati pun gelaran tu. Gampangnye mulut akuuu!

Baiklahh...



Oleh yang demikian.. aku mohon maap kepada kekawan yang ader kat UTM kerana tak bgtau aku datang sane. Hope uols tak kecik hati ye. Aku cume sempat jumpe Azmi. Kawan kamceng aku mase kat Induksi dulu. Hehehe.. terima kasih la Mie bawak aku jenjalan naik kete baru tanpa pengetahuan tunang ko. Hikk

Kepada tunang Azmil Ismail.. saye mintak maap ye sebab kuar dengan tunang awak tanpa pengetahuan. Tak de niat jahat pun. Cume ingin berjumpe dengan kawan lame. Rindu rasenye.

Saye ni baik orangnye! Dan juga suka berkawan. Tak perlaa... karang bile uols berdua kawin.. saye pasti menghadiri majlis yang gilang gemilang itueew ye.

3:52 AM |

Monday, April 6, 2009
  bengkel

Waa mengantuknye aku. Skg ni 15.25pm 06.04.2009 aku berada di Bilik Latihan 1, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, UTM Skudai demi mengadiri Bengkel Adobe Photoshop.

Aduh aku hampir2 tersungkur ni. akak kt sebelah aku ni amat la tidak membantu. sombong teramat sangat. mungkin title dia doktor kottt. sbb tu pilih bulu biler nak bercakap. perghh aku pon naik berbulu dah ni.

6:26 AM |

Wednesday, April 1, 2009
  cicit dengan pariz




hah tu diaa. dua budak yang tak bole dipisahkan. dari kecik sampai ke besar. kat mane ader cicit... kt situ ader pariz. pariz skg membesar bagai tapir. makin lame makin melampau berat bontotnyee.

aku tak tipuu!!!!!

abah kate dia ni kucen tak pernah susah. lapar sket pun bising. bile nak tido mesti nak kopok. tiap2 pg pamitan (pelukan dr tuannye) itu penting.

cicit suke berus bulu pariz. pariz plk sekor budak yg pemalas tetapi pembersih. pariz tak kisah kalo aku groming dia tiap2 ari. gambar update kemudian..

Labels:

5:56 AM |

  aja aja. fighty!!

Gemuk macamane ntah? bencilahh!!!



tp tak pe. ni gambo bln dobelas. gmbo time adik aku nikah ritu. sekang dah bln 4.

lame seh tak buat entry pasal diet. iyo'o je berat dah mulai susut. padahal baru 5 kilo jerk yang ilang. jangan nak berangan cik kak oii.









ko tengok bp jauh aku dah pegi skang. benornye target aku nak ke 44kg. tp tak diluluskan. katenye kang kurang berat badan. cemane nak jadik cam linda onn ni. iskkk





cite diet kali ni.. amalan utk bln 4 ni aku agak takmo makan nasik arr. bole gitueww? meh sini aku tunjukkan jadual diet aku. agak2 bole berjaya ke aku ni?

8.00 am - SARAPAN (1 bj telur rebus @ 1 cwn quaker oat @ 2 kpg roti)
8.30 am - 250ml plain water
9.30 am - 250ml plain water
10.00am - Minum Pagi ( 3in1 @ 1 bj epal)
10.30am - 250ml plain water
11.30am - 250ml plain water
12.30pm - 250ml plain water
1.00 pm - MAKAN TENGAHARI (1 ktul ayam stim @ 1 cwn mehon goreng)
1.30 pm - 250ml plain water
2.30 pm - 250ml plain water
3.30 pm - 250ml plain water
4.00 pm - Minum petang (1 kpg capati @ 1 cwn makaroni)
4.30 pm - 250ml plain water
5.30 pm - 250ml plain water
6.30 pm - 250ml plain water
9.00 pm - Minum malam (1 vwn teh halia madu @ 1 gelas susu)


haruslah mrs. snob makan hati dengan perubahan body aku tu nantikan. hik belom ape2 dah berangan..

ape yang penting.. stiap petang senin, rabu dgn jemaat aku p pecahkan peluh yg sdg membeku ni kat stadium ito. tak pon kt opis aku pon bole gak.aksesori lemak berlebihan harus dihapuskan.

sehari sekurang-kurangnye 2500ml air kosong.

lain... oh ye tiap ari aku kena kawal pengambilan makanan. yela kadangkala terover plk. kdg2 mcm vacume pon ader gak. sumenye sedut masuk dlm perot. isskkkk

Labels:

3:37 AM |