<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5955046572392055926\x26blogName\x3dMY+COMPLICATED+LIFE\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kim-ping.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kim-ping.blogspot.com/\x26vt\x3d5602478652899137356', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, November 27, 2008
  Gambo cikit jerk. Sorik.. gambar makanan tak de dalam entry aku.











1) SANTET SEPATU. Kelakarkan bunyiknyer. Kedai membaiki kasut.

2) Aku bergambar dengan replika singa di Ponorogo.

3) Tulah tasek kat atas Gunung Ngebel. Tasik yang tingginya macam nak g Genting tuh.

4) Hah.. yang kat lampu tu namanyer TEKEK. Aku da jumpe kat dapur rumah aku. Aku ingat binatang tu ada kat Indon jerk. Memang besar. Panjang jerk macam pensil. Gemoknya macam pergelangan tangan aku ni.

5) I'm tired. Perjalanan dari Surabaya nak ke Ponorogo. Tak de la jauh sangat.. lebih kurang 100km jerk tapi amik masa 4 jam. Sepanjang perjalanan penuh dengan kenderaan. Sesaknya mcm orang nak balik beraya. Memang tiap-tiap hari cengitu.

6)Rumah diaorang kat sana lebih kurang kita boleh kategorikan setinggan kat sini. Diaorang beli tanah lot. Tak de tempat nak bercucuk tanam. Sumer rumah rapat-rapat macam tu arr.

7)Sumer rumah kat Jawa Tengah yang aku g tuh bumbungnya tak de yang pakai zink. Sumenyer genting. Cam tu ar.. tapi tak de syiling. Walhal pondok kat sawah pon pakai genting. Kaya tak diaorang sebenarnya ni? 1 genting tu lebih kurang 1 kaki. Harganya 1 kpg kalo kira-kira duit kita lebih kurang 50 sek sajork.

6) Kete impian aku dulu. Toyota vios! Bersepah kat sana tapi semuanya dijadikan teksi. Kat Surabaya dengarnya kereta wira cuma ader 6 buah jerk. Alasannya aper.. pasal spepat susah nak dapat.

7) Tu gambar aku kat dalam flight dengan adik temok. Aku mabuk. Tak leh tengok bawah. Gayat!! Hahahaha

Labels:

3:59 AM |

Monday, November 24, 2008
  Kain lace

Minggu ni sibuk dengan rumah yang bersepah coz sedang dalam pembinaan dapur dan tandas. Aku pulak sibuk dengan pemilihan kain satu family untuk buat baju majlis nikah Paan 14 Disember nanti. Dah borong kain dan langsir kat Jakel tapi baju untuk diri sendiri semuanya tak berkenan. Hampir 2 hari aku carik.. last dapat kat Fiona.

Kain lace.. 2 meter hanya RM36.40. Hahahahahaharga yang bagus untuk pengguna yang bijak macam aku.

6:18 AM |

Thursday, November 20, 2008
  Bercuti Ke Surabaya (gambar upload kemudian)

Hai.. lamernya tak update blogkan. Mie mesti bosan tunggu enrty baru lembab betul kemunculannya. Lepas balik dari sana, kat sini tengah minggu exam. Pastu hard disk aku terbakar lak. Macam-macam kes la. Dan salah satu darinyer.. aku tengah syok tengok sinetron Olivia kat utube. Hehehe.. jangan jeless.

Aku sakit seminggu kau pas balik dari saner. Abis kepala aku ni dok keras tak bole pusing kanan kiri. Badan lak seram sejuk. Orang jawe kata 'tak kerasan'. Orang melayu pulak kata mungkin tak sesuai cuaca sana dengan sini sebab tu la aku sakit.

Pulak tu lepas balik dari sana, selera makan pun putus. Sampai sekarang aku cuma gemar makan nasik, ikan goreng dengan sambal cili padi jerk. Kuah ke sayur masak lemak ke harap.. rase pun aku tanak. Kononnye dah syok dengan makanan sana.Memang pun..

Officemate aku cakap makan kat sana hati-hati. Tapi kiteorang kat sana makan kat rumah kenalan merangkap sedara. Aku nikan kaki makan yang pedas-pedas. Sambal dia mak aiiii tak bole cakap laa. Mabeless!! Nasib baik aku sempat mintak resepi kat kakak tu.

Tomato hijau, bawang merah kecil, cili padi hijau sume direbus bersama tapi jangan sampai layu. Pastu tumbukkan sume bahan-bahan tu bersama dan taruk gula sikit dan minyak makan sikit. Tu jerk. Makan bersama kacang panjang dan sayur kobis mentah dah siap dicuci dan ikan keli goreng atau ayam kampung goreng. Hmm.. sedap.

Selain tu, masakan yang spesial (hahaha.. guna bahasa diaorang)adalah GULE & SATE KAMBING. Gule tu adalah sup kambing. Makan bersama sate kambing dan nasik putih. Sedap coz tak de bau kambing taw. Korang jangan dengki ek kata aku makan kucing lak. Kambing tu memang dibela oleh Pak Ferry kat kaki bukit.

Aku tak suka bakso dia. Sekali rasa daging dia macam tak best pulak. Aku tak suka minum kat sana. Semuanya manis-manis belaka. Patutlah arwah atuk suka yang manis-manis. Arwah atuk kan asal dari Ponorogo. Kalo buat kopi tu macam taruk gula sekilo. Kat sane ada air fanta soda gembira. Maksudnya air gas soda yang tak de gula taruk dengan susu pekat manis dan pewarna merah ros.

Bebelanja kat sana bagaikan orang kaya. Tapi tetap ada adegan tawar menawar. Aku beli telekung untuk mak. Harganya Rp110,000 bersamaan duit sini RM40.70. Mewah dengan kerawang. Istimewanya.. kain telekung tersebut adalah sutera. Pengsan mekk!! Pergh macam nak borong semua pastu buat berniaga kat sini.

Shopping complex dia mak aiii besar gabak. Pastu banyak. Tunjangan mall. Matahari Mall. Ape lagi ntah. Panjangnya satu hal. Tingginya sampai 7 tingkat. Sepupu aku yang berdua tu kata dah macam jadik Jebeng Malaysia. Kat mall tu takde jebeng yang melepak. Rata-rata indon kt sana macam orang berada dan dresing diaorang memang smart abis. Dari segi pakaian dan cara diaorang tak sama macam indon yang selalu kite nampak kat Malaysia. Lagi satu badan diaorang sume kecik-kecik dan muka diaorang jarang yang ada jerawat.

Suhu dan cuaca kat sana samer je dengan Malaysia tapi kat sana lembab sikit. Katanya musim hujan. Pelik.. selama 8 hari kat sana bau badan langsung tak de. Aku cuma bawak bodyshop jerk. Tu pun macam bau tak bau.

Pergi ke Pasar Magetan tempat menjual barangan kulit yang dibuat dari tangan. Aku beli 1 hadbag dan 1 selipar.

Luper ar satu tempat tu ape namanya. Eh jap. Namenya Ngebel tak silap. Tingginya macam nak g Genting. Bila da tiba atas sekali rupanya ada tasik yang besar sangat. Hotel.. rumah kat sana memang melambak. Terpikir gak aku macamana la diaorang bole bawak sume barang-barang yang berat naik gunung yang tinggi tu dengan jalan yang kecil. Sepanjang naik gunung tu.. rumah memang rapat-rapat. Ada yang macam tergantung. Bak kata sepupu aku, kalo kencing pun air tak sampai kebawah dan kering. Coz tinggi sangat.

Rakyatnya ramai. Sume tempat padat. Rumah rapat-rapat. Tanah tak de yang terbiar. Mesti ada tanaman. Pemintak sedekah ramai. Kat trafic light pon bole jadik. Ada yang siap bawak gitar untuk nyanyi. Pengemis kat pasar pun melambak. Ader sekali tu aku nmpak dia pegang henpon canggih. Lagi canggih dari Sony aku tu.

Nak buat masjid pun kena mintak sedekah. Pasal kerajaan Indonesia tak bagi peruntukkan buat masjid pon. Tapi masjid yang pernah aku pergi tu, tiang-tiang utamanya guna kayu jati. Syilingnya pun penuh dengan ukiran kayu jati.

Gambar tak banyak sangat coz Sony kehabisan bateri. Yang lain gambar pada Awie. Aku tak heran sangat sesi bergambar kat sana pasal aku percaya satu hari nanti aku mesti akan kesana lagi. Bersama Steward Air Asia yang encem-encem. Hehehehe. Insyaallah tahun depan aku akan sertai Pasukan Gamelan UTHM ke Solo dan Jogjakarta.

Labels:

8:17 AM |