haluuu. rindu tak? lame tak edit entrykan. bz kat facebook la. kalo nak tengok gambar laters... rerajin la melawat kt sane. mcm2 ader. yang penting cik mar ni tetap comel dan tembam gituew.
tengah jalan2 kt dunia gosip artis tetibe ternampak filem baru lak. akan ditayangkan 31 Disember 2009 ni. hm.. tak dapat la nak p tengok dengan kekasih hati. almaklumkan dapat dating cume sebulan sekali je. itu pon kalo nasib baik. kalo kureng baik... cume dapat jumpe sekali dlm masa 2 bln. harus la aku dapat awardkan. sabar menanti!
Ni trailer filem DUHAI SI PARI-PARI. Sekali tengok trailer ni pun dah terasa filem ni mesti kelakar habis. agak2 cam cite papadom tak bestnye citer ni? harap2 la erk..
meh la tonton trailer ni…
Pelakon Filem Duhai Si Pari-Pari:
1. Que Haidar sebagai Syadon 2. Liyana Jasmay sebagai Pari 3. Remy Ishak sebagai Budi 4. Nabila Huda sebagai Mala 5. Harun Salim Bachik sebagai Para 6. Farid Kamil Zahari sebagai Pemilik Kereta Sport 7. Datuk Aziz Sattar sebagai Pak Ajis 8. Zizan Raja Lawak sebagai Penyamun 9. Hans Isaac sebagai Tuan Rumah
SINOPSIS DUHAI SI PARI-PARI
Syadon merasakan hidupnya sempurna apabila Mala, seorang gadis cantik menganggapnya sebagai seorang ‘kekasih’. Pada suatu hari Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut oleh orang jahat (Budi). Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya dan selepas menyerahkan wang Syadon dipukul dan ditinggalkan di lorong gelap. Setelah tersedar, didapati Mala, kereta dan duitnya telah hilang.
Yang ada di depan mata ialah teko keemasan yang terselit di celah sampah-sarap, lalu dibawanya pulang. Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis (Pari) tidur di sebelahnya. Setelah Pari menerangkan yang beliau sedang mencari ‘kekasih’, terus sahaja Syadon menunjukkan rumah jirannya yang ada anak bujang. Disangkanya Pari tersalah rumah.
Bapa Pari (Para) kurang bersetuju dengan pilihan anaknya. Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita. Tetapi Pari berkeras mahukan Syadon dan enggan pulang ke dunia kayangannya.
Para kemudiannya memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya. Syadon pulang ke rumah mendapati Pari masih lagi di situ.
Syadon bertanya siapa Pari sebenarnya. Setelah diterangkan, Syadon sukar mempercayainya. Dia bukan bodoh untuk percaya cerita karut Pari itu. Pari terpaksa membuktikan kata-katanya dengan menunaikan permintaan Syadon yang mahukan dua guni duit… barulah Syadon percaya dengan kata-kata Pari.
Dengan duit dua guni tersebut, Syadon mahu membeli sebuat kereta sports. Tiba-tiba Syadon ternampak Volkswagennya. Dia mendekati tetapi terserempak pula dengan Mala. Mala yang pura-pura terkena penyakit hilang ingatan, terus sahaja sembuh apabila ternampak duit Syadon yang begitu banyak.
Syadon kembali mabuk cinta. Pari kecewa… tambahan pula Pari kini sudah mengetahui siapa Mala dan Budi sebenarnya.
Maka bermulalah usaha Para dan Pari melumpuhkan kegiatan Mala dan Budi. Dengan usaha Para dan Pari, Syadon akhirnya mengetahui siapa Mala sebenarnya. Tetapi dapatkah Syadon melihat wajah Pari yang sebenarnya? Sementara itu, Pari pula semakin kesuntukan waktu… apakah cinta yang dicarinya akan hilang bersama dengan kelopak bunga yang terakhir.
2:36 AM |
This Meow
Entry di dalam blog ini dihasilkan mengikut idea dan mood cik Mar bila-bila masa sahaja walaupun dia hampir tidor. Cik Mar mempunyai ketinggi yang tak berapa stabil dan ini menyebabkan dia dipandang 'rendang' oleh sesetengah kawannya. Cik Mar suka makanan pedas dan hobinya adalah menghabiskan masa bersama keluarga. Cik Mar ni tembam orangnya. Tahun bertambah tahun berat bertambah berat. Macamana sekalipun cik Mar..... dia tetap comel dan murah dengan senyuman. Juga tidak luper peramah dan baik hati orangnya. Semoga cik Mar dapat merealisasikan impiannya.