<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5955046572392055926?origin\x3dhttp://kim-ping.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, January 6, 2012
  impian kami dgn BOK IPLIK

aku telah terbakar dan dibakar oleh Nik utk mengecap kejayaan seperti miliknya. org yg lebih muda dari aku mampu meluaskan perniagaan sehingga ke benua Eropah. sungguh aku bangga punyai sahabat dan teman seperti dia.

Nik Mohd Faiz yg aku kenal, bukan jenis org yg memilih utk berkawan. seorang yg sangat2 peramah dan terbuka hati utk membantu kawan2 yg sedang dlm masalah dan kekusutan. penuh dgn kata2 nasihat dan dorongan. akak bangga dpt berkenalan dgn nik.

dan kat situ aku lebih tersedar dan aku bersemangat aku juga mampu lakukan seperti nik. menempah nama di negara org. meluaskan empayar peniagaan sendiri. terima kasih nik, member inspirasi kepada akak.

dan rasanya bukan mustahil utk aku kecap kejayaan walaupun sekarang aku cuma pasang angan2. ya betul kata dr azizan osman.. kita perlu ada tindakan. walaupun kewangan tidak mengizinkan tp aku pasti Allah s.w.t maha pemurah. insyaallah rezeki tu mesti ada.

ya dgn ini aku memasang impian. bakery n pastry tidak akan aku abaikan. kerana disitu la tapak permulaan perniagaan aku. dan dari situ juga aku terima pelbagai dugaan dan ujian. cuma Allah saja yg tahu. ya Allah aku bersyukur kepadaMu.

aku ingin cipta nama BOK IPLIK hingga meniti di bibir setiap org. BOK IPLIK bukan sekadar utk bakery n pastry.. tp juga kami ada cabang2 perniagaan yg lain.



ya aku berimpikan punyai kedai atau bistro. ingin aku perkenalkan kek dan rahsia kelazatan manisan BOK IPLIK. aku inginkan suasana yg santai. ada ruang makan yg selesa. kerusi dan sofa. termasuk sediakan pc utk layari internet dan tempahan online manisan atau aksesori wanita.



ok itu bercerita utk tingkat bawah, tingkat 2 aku berangan utk letak segala jenis baju, handbag dan pakaian muslimah yg boleh dibeli secara online atau walk in.

di tingkat atas sekali adalah pejabat. ruang operasi segala jenis pengurusan utk bidang2 perniagaan aku.

ya ini lah impian aku. kenapa terlalu banyak sgt perniagaan aku ceburi? kerana dari menjual kek di uptown, kami upgrade menjual pakaian pula di ekspo. dlm masa yg sama kami juga mengambil semua tempahan online termasuk mencari tender2 kerajaan.

ya Allah permudahkan la urusan hambaMu ini. bukan kerana hendak mengejar kekayaan.. tp aku hendak melapangkan hati kedua org tuaku. juga ingin berkongsi rezeki utk binatang kesayangan nabi. perluaskan la rezeki hambaMu ini ya Allah.

Labels:

7:01 AM |