Aku mesti patah balik. Mulakan kehidupan yang macam dulu. Pelan-pelan aku kena tinggalkan gaya hidup yang membuang masa.
Asek pegi blind date je. Sudahnya hampeh jugak. Kalo ade yang lekat pun cuma nak gunakan dan pau duit aku. Agaknye lelaki zaman sekarang memang macam tu.
Duh duh duhhhh. Asek berbunyi je tepon. Sane sini depan belakang. Lagi2 musim intake ni kan. Kusut tau. Rase cam nak pengsan jek. Biler rase nak pengsan je.. mesti nak makan kan. Tu la dia penyakit budak mariana sorang ni.
Sebulan yang lepas dapat jugak la aku turun seminggu 1 kilo. Tu pon dok tahan makan.
Cukup 4 minggu turun.. girang la rase hati kan. kononnye nak bagi hadiah la kat perut ni merasa makanan yg sedap sket. Nak dijadikan citer.. satu hari yang dinamakan hari sabtu, aku pegi la lepak2 kat Big Apple. Petangnye pulak cemana ntah aku bole pulak bantai sup kambing. Hambik ko! 4 kilo terus naik. Tunggu turun 4 kilo bagai nak rak.. ni dia terus bagi 4 kilo dlm masa 1 hari.
Meraung taww!
Sedih tau. Now.. aku tengah admirer dengan Afgan. Huhuhuhu. Kalo la dia tau yang jatuh cinta dengan dia ni gemok.. sah2 la dia buang aku kat longkang camtu jek kan.
Itu baru cite pasal Afgan. Tak kira lagi jantan2 yang asek ber'blind date' dengan aku sebulan dua ni kan. Ape la bisik hati diaorg tu kan.
Nak tengok tak cemana org yang aku admire sgt tu? Alaa2 budak lurus. Muke baik. Baby face. hiks! Konpom tiap2 hari masuk beradu awal aku.
jangan
pikir
yang
bukan
bukan
okeh!!!
Masuk beradu awal sebab dengar dia nyanyi laa. dah tentu la suara dia sedap kan. tengok muka dia pon dah confirm la romantik habes kan.
Saya tidak mahu kembiri/kasi/mandulkan kucing kerana:
-Tidak adil kalau kita mandulkan kucing. -Zalim/kejam kalau kita mandulkan kucing. -Kita telah rampas haknya untuk membiak -Kucing tidak akan gembira kalau tak dapat lakukan hubungan seks. -Berdosa jika kita melakukannya.
Episod 1 Pernyataan di atas adalah antara beberapa sebab/alasan di antara kita yang tidak mahu memandulkan kucing. Terdapat beratus ribu atau mungkin juga jutaan anak kucing terbiar yang dibuang di pasar, kedai makan dan kawasan kediaman lain.
Mereka terdedah dengan berbagai penyakit seperti kurap, kudis, FLV dan sebagainya. Mereka mengiau pada orang yang lalu lalang, meminta makanan. Mereka berebut sesama sendiri apabila ada orang mencampakkan lebihan makanan pada tanah.
Kita dapat melihat sebahagian besar kucing di situ berada dalam keadaan yang menyedihkan. Sebelah mata luka dan hampir buta, luka pada badan kerana bergaduh atau ditendang oleh manusia, kaki yang terhencot-hencot kerana dipijak, mulut yang melelehkan air liur kerana menghidap penyakit gusi dan berbagai lagi keadaan.
Kucing-kucing ini berada dalam keadaan sengsara, dan anak kucing yang baru dilahirkan pada saat ini juga akan mengalami nasib yang sama.
Katakanlah kita mempunyai seekor kucing betina. Dia mampu mengalami kitar heat setiap 2 minggu, dan pada masa ini dia akan mencari pasangannya walaupun dikurung di dalam rumah. Jika tidak dimandulkan, kucing betina boleh beranak sehingga 3-5 kali setahun, dan akan melahirkan 4-5 ekor anak setiap kalinya.
Kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 24 ekor kucing baru di rumah dalam masa 2 tahun.
Adakah mereka mempunyai tempat di rumah anda? Mampukah kita menjaganya? Setiap kucing yang ada masih perlu diberi makan, rawatan kesihatan, penjagaan najisnya dan kebersihan diri.
Setiap ekor kucing itu juga akan berak dan kencing setiap hari, bagaimana jika dia melepaskannya di rumah jiran anda?
Kucing jantan mesti, akan dan wajib memancutkan kencingnya untuk menanda kawasan, bagaimana pula jika dia menanda kawasan itu pada tayar kereta jiran, pasu bunga jiran dan kasut yang baru dibelinya?
Akhirnya samada jiran kita marah, atau kita sendiri sudah tidak mampu menjaganya maka kucing itu akan di bawa ke pasar (yang sudah ada beratus ekor kucing terbiar) dan dibuang di situ, supaya beban masalah itu berpindah ke bahu peniaga dan pelanggan di sana. Atau membuangnya pula di kawasan taman perumahan lain. Ini semua adalah sama seperti anda membuang masalah anda ke pintu rumah orang lain!
Masalah ini tidak terhenti begitu sahaja. Kucing yang kita buang di pasar/kedai makan/kawasan perumahan lain itu tetap akan membiak sepertimana ia membiak di rumah kita. Dan masalah ini akan kembali ke tajuk episod 1 di atas.
Bezanya adalah, kini kita telah senaraikan diri kita sebagai penyumbang masalah.
Sekarang tanya pula diri sendiri, siapakah yang zalim / tidak adil / kejam / berdosa di sini?
benggang betol la aku. nak baca blog ni baca laa. nak p hebohkan cite aku sana sini dah kenape. sok main dalam selimut pon sibok nak citer ke? hah kan budak2 ni dah marah!
Entry di dalam blog ini dihasilkan mengikut idea dan mood cik Mar bila-bila masa sahaja walaupun dia hampir tidor. Cik Mar mempunyai ketinggi yang tak berapa stabil dan ini menyebabkan dia dipandang 'rendang' oleh sesetengah kawannya. Cik Mar suka makanan pedas dan hobinya adalah menghabiskan masa bersama keluarga. Cik Mar ni tembam orangnya. Tahun bertambah tahun berat bertambah berat. Macamana sekalipun cik Mar..... dia tetap comel dan murah dengan senyuman. Juga tidak luper peramah dan baik hati orangnya. Semoga cik Mar dapat merealisasikan impiannya.