Wednesday, April 22, 2009
Sok gaji...?!
Tahu tak korang???
Kakitangan kerajaan akan menerima gaji mereka setiap 25 hb dan ke bawah. Mereka tidak akan dibayar gaji sebelum 25 hb setiap bulan.
Katakan, 25 hb jatuh pada hari jumaat, kakitangan kerajaan akan menerima gaji pada 24 hb, Khamis, kerana pekerja di Kelantan dan Kedah tidak berkhidmat pada hari jumaat.
Katakan 25 hb, jatuh pada hari sabtu, maka semua kakitangan kerajaan akan mendapat gaji pada 23 hb, Khamis atas alasan yang sama di atas, dan
Katakan 25 hb jatuh pada hari Ahad, semua kakitangan kerajaan akan menerima gaji pada 22 hb, iaitu pada hari khamis.
Untuk setiap kakitangan kerajaan, dalam sebulan ada sebuah Khamis yang mengembirakan.
Yahoooo!!
25 jatuh pada Hari ahad, dan hari Khamis adalah cuti umum misalnya, maka gaji akan diberi pada hari Rabu, 21 hb bulan tersebut.
Tapi tahukah anda....
Kebanyakkan kakitangan kerajaan akan kehabisan wangnya sebelum sebahagian dari kakitangan swasta memperolehi gaji mereka pada 31 hb, bulan tersebut.-----------------------------------------------------------------------------
Tahu tak aperr!!!
Tahukah korang.. artikel kat atas tu aku copy & paste dari blog
akak fibie?? Hehehe.. benornye aku terasa kauuu ape yang
akak Fibie tu cakap. Artikel tu aku copy & paste bukan saje suke2 sebab kekeringan idea keh. Tapi.. untuk peringatan diri sendirik. Yelahh blog ni pon bukannye glamer kan. Balik-balik aku sorang jek yang baca. Hikk.
Bukannye ape.. kalo time banyak duit cam tak hengat dunia ko. Shopping situ sane sini. Makan nak kat tempat mewah. Beli baju pon nak ader brand. Tu brandsek namenye!! Seposen jatuh kat lantai pon buat "don't know" sajork.
Eeee tak patut betolkan.
Biler dah hujung bulan... jangan tak percaye la ek. And jangan korang nak menipu okeh... seposen pon kalo bole korang nak korek-korek kan?? Betol tak.. betol tak? Apetah lagi yang sedang berchenta. Kredit hendpon mane bole abis. Kang cemane nak antar repot setiap jam kat laling. Ecehh..
Hehehe pandai je aku ni. Tapi betol kann?
Satu lagi yang bestnye, biler poket dah kosong. Sume kad tak bole jolok.. sumenye akan jadik PMS.
PINJAM MAK SEBENTAR.. kang gaji ganti balik duit mak. Janji! Tak tipu!Ekekekekeh.
Weh ini baru cite yang bujang. Yang masih ader mak bapak.
Gaji sebulan pun tak cukup untuk diri sendiri... lagi ader hati nak kawin.
Bistu...
pe cer kat org yang dah berumahtangga pulak ek? Sori.. gua tak de pengalaman beb!!
7:43 AM |