<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5955046572392055926\x26blogName\x3dMY+COMPLICATED+LIFE\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kim-ping.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kim-ping.blogspot.com/\x26vt\x3d5602478652899137356', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, December 30, 2008
  2nd intake

Seperti mana semua sudah maklum, aku akan kebizian sepanjang tempoh kak Idah cuti besalin. Maksudnyer sampai 12 Februari karang. Skang ni aku dok menanggung keje dia. Aku rasa syok jugak pasal sentiasa bizi dengan hal ehwal akademik ni. Kalo kat Unit Pentadbiran, aku cuma jaga fail jerk. Dan masa aku banyak abiskan dengan dunia blogging or ceting. Hiks!

Dah bape lama aku tak edit entry. Sumenye sebab bizi. La ni.. aku tengah mengantuk. Balik keje pon asek lewat jer skg. Selagi tak 7.00pm selagi tu aku asek kat opis.

Dah nak masuk tahun baru ni.. ape yerk azam tahun 2009? Aku ingat la kan... leh tak aku cube pecah rekod takkan amik cuti atau mc. hehehe kiter try k. Tengok dan lihat la nanti.

Ni ader sket picture dak-dak opis haku untuk cuci mata korang. Gambar ni diambil masa pendaftaran 2nd intake aritu. You all tau.. student kali ni ramai sangat yang pakai kabel dekan untuk masuk degree kat kampus ni. Pastu untuk international student lak, diaorang suke-suke hati jerk bole mohon & register mane-mane course pada bile-bile masa.









Buat maser ni ader 3 bunga je yang tengah berkembang kat PPA tu. Yang lain sumenye dah dicantas.

Eh dah laaa.. aku mengantuk nii

7:39 AM |

Wednesday, December 17, 2008
  LS



Hahahaha. Aku da dapat LS pills. Dari minggu lepas aku tunggu walaupun bajet benda tu sampai senin. Sangkin tak sabonyer... aku g pos opis cari barang tu. Sume orang tanye amenda yang aku beli kat internet. Hehehe malu nak jawab. Kak Ayu kater aku kecah sebab barang kecik macam tu.

La ni.. da 2 hari aku slide balik 5 pm. Bukannyer aper, nak kuar nanti jammed. Pagi tadi En. Pirus pasan muke aku mencuka gara-gara sangkut kat trafic light. Benggang ar, nape ek pengurusan tak arah bukak pintu laluan ke 3 ikut belakang fujitsu. da tau tengah buat pembaikkan jalan kat kampus induk.. ni cuma laluan utama je yang bole jalan. Pakkal la aku ni mentimun.

wah keje bole tahan banyak sekang ni. Kena buat reminder & notes. Tak bley cuti selama 28 hari. Ape lagi yang tak bley..?

Hah tak bley slide keje 7.58 @ 59am.
Tak bley kuar minum sesuke hati.

Aik. bukan ker staf gov suke buat cengitu? Isk! Jangan timbulkan kontervesi okeh. Bahayer

Labels:

12:25 AM |

Tuesday, December 16, 2008
  16.12.08 (7.28pm)



Abah cakap kena panggil Jabatan Haiwan selesaikan penyakit selsema burung. Ayam-ayam mak banyak yang dah mati. Walaupun aku tak suker ayam, tapi ayam mak comel. Sume katik dan macam ayam hutan. Mak cakap mana yang tido kat pokok sumenyer rebah ke tanah.

Petang tadi masa main dengan Paris, aku tak sampai hati dengar itek-itek merenggek. Si Gangster tu da mati. Ader baki 3 dok je kat reban. Patuk nasik pon da tak larat.

Aku tanak mereka sumer macam tu. Tak per la biarkan dia sudu pokok bunga. Yang penting dia sumer sihat. Tapi............... dah maut menjemput mereka. Aku cuma berserah. Binatang jangka hayatnyer tak lama macam manusia. Kucing pun paling lama boleh hidup 5 tahun.

Ya Allah ya Tuhanku, semoga Kau lindungi keluarga dan kesayangan kami dari sebarang penyakit dan bencana.

Amin....

Labels:

6:20 AM |

  Jangan Malas MANDI



KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk

Selesema dan sakit kepala:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.

Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

3:00 AM |

Monday, December 15, 2008
  Go..go! Teruskan usaha. Yana bole!


Labels:

8:04 AM |

  Kematian mengundang duka

"adik gee meninggal di hosp BP"

Dalam kepenatan aku malam tadi aku dapat mesej dari kak Gee. Takziah buat keluarga dia sumer. Rasanyer baru sangat aku nampak adik dia. Sihat jerk. Rupanyer baru dapat tahu adik dia ader kanser.

Aku cuma tau adik dia sakit sebab eksiden dan bercuti hampir setahun. Tak sangka pulak kerana rokok, umurnyer takat tu jerk.
Ajal dan maut tu ditangan Tuhan.

Al-fatihah buat awrahnyer.

**************************************

Aku tak suka kematian binatang. Sadis sungguh. Itik yang satu tu sakit. Pagi tadi aku nampak dia hampir mati agaknya. Mak kata itek tu macam cirit birit. Makan pon tanak. Ayam-ayam mak pun macam tu. Aku takut selsema burung terkena kat mereka sume.

Aku sayang itik-itik kat rumah walaupon aku tak berani nak pegang. Mak nak sembelih pon aku tak bagi. Aku rasa itek-itek tu macam kucin-kucin kesayangan aku. Mereka suka lepak kat parking kete aku.

Pernah gak aku marah yang jantan sekor tu. Sebab dia suka patuk yang lain dan cuba menjajah tanah kat rumah tu. Kononnyer gangster la tu. Jantan sekor berekor lentik pulak terpaksa tidor kat bawah rumah. Aku geram.. aku cube kejar dengan sangkar untuk kurungkan si gangster. Walau terkedek-kedek dia lari, aku tetap tak dapat kejar.

Harap-harap itek-itek tu dilindungi dari sebarang penyakit. Kalo kucin aku sanggup antar p klinik. Tapi kalo itek.. apekan daya. Aku memang geli dengan binatang jenis berbulu burung ni. Aku tetap sayang itek-itek tu.

Labels:

7:52 AM |

  Dani & Berg






Davi Suhana nama sebenarnya atau nama dlm icnyer Dani Suhana adalah kawan aku dari kecik. 1 sekolah rendah dan sekolah menengah. Kawan 1 kampung mandi parit sama-sama. Naik basikal, g camping main masak-masak dan petik ranti kat kebun dia.

Dia untung kerana majlis dia telah diapit oleh kami (aku, amal, fariza, liza) bunga-bunga yang belum dipetik orang. Hehehe..

Labels:

1:26 AM |

Friday, December 12, 2008
  SaKiT jiwer

Aku nak tanyer ni..

You all kalo dapat surat dari Universiti korang anggap surat tu ;-

+ penting (mesti baca dan amil perhatian lebih)
atau
+tidak penting (bukak sampul surat dan tengok lebih kurang terus campak kat atas meja)
Aku tengah benggang ni. Bengkak betul la student tu. Menyusahkan aku je kena terangkan sume apa yang ada dalam SAMPUL SURAT PANGGILAN KONVOKESYEN UTHM KE 7. Banyak benda lain aku nak buat. Nak melayan ko sorang jerk.. kaunter da penuh sesak.

Asek nak marah-marah jerk arini. Dah lah tengah cun-cun ni. P keje pakai cantik-cantik. Sabar cik Yana oii. Kusssssemangat....

Baru dapat email ni. Pasal SKT. Aku semangat giler nak isi SKT.



Sakit hati aku masih tak terbalas. Abang Hasim marah pasal sakit hati tu masih tak surut. Kerana kebodohan aku yang tak reti isi SKT lahhh menyebabkan aku dapat markah rendah tahun lepas.

Ya Allah, bekerja keras sampai ke pagi, tapi pengorbanan aku bukannyer orang tua tu nampak. Balik-balik dia campak aku ke bilik kaunseling.

Tahun ni, aku rasa aku lah orang yang pertama isi markah SKT sebabnyer... dapat-dapat email jerk aku da penuhkan ape yang patut. Cuma belum hantar jer ni. Bedebar-debar rasanya. Harap-harap abg Rawi sokong dengan sume yang aku usahakan dalam Unit Pentadbiran sekarang ni.

Citer terbaru, aku diminta untuk memangku tugas kak Ida. Wahhhh, buku rekod perkhidmatan aku cantik ar sikit. Khidmat cemerlang? Pergh jangan berangan. Tunggu aku belajar dari senior dulu walaupun aku da masuk 6 tahun kat sini. huhuhuhuhu

**klik imej untuk paparan lebih besar dan korang bole baca email tu.

8:26 AM |

Thursday, December 4, 2008
  Pengalaman ngeri dalam proses menurunkan berat badan

Hah.. nak citer ni pasal proses penurunan berat badan. Macam-macam aku dah buat. Tapi kebanyakkannye tak jadik. Tih tih tih tih. Hangat-hangat tahyeek ayam jerk ek.

Aku pernah try pil doramine. Korang tau, pil tu memang pil membunuh orang. Sakit hati betul aku. Dari berat aku maintain 48kg aku dapat turun cuma 4 kilo sajork. Means 44kg la kan. Masa tu aku perasan perut aku da macam Britney. Rata semacam. Bangga la kan. Pakai jeans pon londeh. Pas aku benti makan pil haram jadah tu, berat aku naik mendadak 10kg. Macam sundelll seh. Terus jadik 58kg.

Aku membawak berat 58kg tu selama 2 tahun. Sume kebaya aku tak leh pakai. Simpan jer gamaknye. Tak lama pastu bulan 4 tahun 2007 aku makan semula pil duramine tu lagi. Aku ni marah-marah gak kat pil tu tapi makan jugak. Hampeh kan. Kali ni dari berat aku 58kg turun ke 50kg dalam tempoh sebulan. Lat 2 bulan naik balik terus sampai ke 64kg. Macam gampang!!

Korang jangan makan pil haram jadah tu.

Selain dari tu aku pernah gak tak makan nasik selama 1 bulan. Dak-dak ni suh aku berpuasa. Yelaa diet paling baik adalah berpuasa, tapi sekejap sajork. Pastu aku mai bantai lagi mcD, KFC, Secret Recepi. Adoi lar.

Citer pasal pusat pelangsingan badan ni, aku da ikut treatment 2 kali jerk. Ntah macamana la aku bole terperangkap gak kat May Fair. Padahal aku ni kedekutss. Satu hari tu aku g la merayau kat BP Mall. Ader booth May Fair kak sari bole menyinggah pulak kat situ.

Amoi tu sibuk cakap aku tak patut simpan spare tayar banyak-banyak. Dia ofer treatment body 10 kali free treatment face 1 kali. Dapat baucer RM200 dan garam ape ntah soh buat mandi. Sume tu hanya dengan bayaran RM499.00. So aku g la. Kak sari pon cakap, aritu badan dia susut sikit pasal May Fair. Waktu itu aku sudah tak bole kawal diri. Terus bayar. Alah takat RM499 jerk ape salahnyer. konon la tu... Amoi tu soh aku join cabutan bertuah. Tak disangka-sangka aku dapat baucer RM500 dari cabutan tu. Bertuah la sangat kann

1st time aku g treatment, badan aku dia conteng. Dia amik ukuran. Pas abis treatment dia ajak aku masuk bilik perbincangan. dia kata boucer yang aku dapat RM200 dengan RM500 tu bole gunakan sampai ujung bulan tu jerk. So dia ofer la aku 30 treatment dengan harga RM1400 dan bole pakai baucer RM500. Ok aku terima. RM1400 tolak RM500 baki tinggal RM900 je aku kena bayar.

2nd treatment dia ofer aku cecair yang akan terserap bersama cili krim bile masuk hot blanket. Katanya kesannyer cepat dan berkesan. Waaa aku sudah terpengaruh. 1 kotak harga RM500.

Bila aku balik aku menyesal tak sudah. Asik menambahkan hutang. Diaorang tu asek mintak duit jerk. Pastu soh aku guna kad kredit. Pegi mati! Tiap kali datang tiap kali tu aku cuma bayar RM200. Aku kan kedekut.

Sejak tu terus aku tak g lagi treatment kat May Fair. Pasal aku takut dia ofer aku memacam lagi. Bile aku baca forum, ader pulak yang da abis dekat 10k. Ah sudahh!! Aku rasa sakit hati giler pasal benda sewel macam tu aku bole terpengaruh. Bodonya.. last-last aku yang sewel.

Lepas aku bertafakur selama beberapa bulan, aku pikir... baki treatment tu aku forward ke masa aku lepas bersalin la. Ecehh..

Labels:

7:01 AM |

Wednesday, December 3, 2008
  Gue Sebel ama MRS. SNOB




Nanti aku ceritakan siapa Mrs. Snob yang bermulut lebar dan berbontot kembang iteww...!!

2:49 AM |

Tuesday, December 2, 2008
  Kempen, Sumbangan & Rayuan serta PENIPUAN

Hangin betul aku. Kalo part derma dan sumbangan kat opis ni ader sorang budak yang paling liat nak bagi sedekah dan amal jariah. Aku pulak akan pastikan siapa lagi yang belum beri sumbangan. kalo tak, sampai depan pintu tandas aku tuntut.

Bukannya apa.. sejak aku take turn hal-hal Kempen, Sumbangan & Rayuan ni aku cuma perasan balik-balik budak yang satu ni je yang buat hal. aku tau laa derma tu mesti kena ikhlas dan terpulang pada individu nak beri atau tidak. Tapi.. tiap kali mintak sumbangan, tiap kali tu la mesti nak lari.

Budak yang suka buat hal ni aku suka panggil Mr. Poyos. Pasal ke'poyo'an dia sudah tahap DEWA. Kalo bab bercerita tu siap bole kuar air mata lagi. Dia punye emosi punye la tak terkawal. Biler bercakap sikit punye sopan dan romantiknyer. Pergh jijik aku mengenangkannyer!!

Satu masa tu ader ke patut dia cakap mualaf kat Ipoh ni sume kaye-kaye. Tak payah sedekah. Satu lagi part.. biler kite mintak derma katanya "nantilah.. aku tengah sibuk ni. Hang p mintak kat orang lain dulu". Oklah kan.. pastu aku belahh. biler aku nampak dia rilek manjang aku pun mintak ar. Katanya "aku pening ni". Last aku tanye kat dia "ko nak derma ke tanak ni? Derma ni ikut ikhlas ko". Benarnyer aku da tau pun jawapannyer dia memang tanak menderma. dan ape yang dia jawab kat aku adalah "aku tanak". ok fine! pasni aku nak tengok lagi gelagat ko macamana. ni baru sedekah yang kena mintak dan di follow oleh aku. belum lagi sedekah kat masjid. bape kali ko lawat anak yatim dalam setahun? perghhhh ayat perlu bisa ek

Cerita pasal bab PENIPUAN tu, aku pun telah digoreng oleh Mr. Poyos tu. Satu hari we all makan asam pedas kat area BP nun. Katanya nak pinjam duit aku coz tak cucuk duit lagi. Aku pun putar balik. Aku cakap kat budak tu aku nak cucuk duit ni. Jom la p bank samer. Biler tibe bank bole dia cakap pulak dia tak bawak kad atm. tak ke keling namernye tu. Oklah tak kisah la. Pas makan aku p la bayar. Walaupun bukan mahal mana pun.. kata jantan tu pinjam duit kan. So aku igat memang pinjam la. Well.. sampai petang aku tunggu dia pulang duit aku tu hampeh tak de. Laaa ni.... jangan diharapkan duit yang tak seberapa tu cik Mar oiii. Nampaknyer tak dela gamaknye!

Sekian.. emosi pada hari ni.

8:23 AM |

Monday, December 1, 2008
  ...salah aku

...aku tiba-tiba rindu
pada segala-galanya
yang aku lupakan ketika leka...

...tuhan, berikan aku masa
untuk aku luahkan kepada mereka
segala-galanya yang kurasa...

...aku sudah cukup rasa bersalah
ketika ini...



© Unsunghero...sakitnya menanggung salah...

9:12 AM |