Monday, December 15, 2008
Kematian mengundang duka
"adik gee meninggal di hosp BP"
Dalam kepenatan aku malam tadi aku dapat mesej dari kak Gee. Takziah buat keluarga dia sumer. Rasanyer baru sangat aku nampak adik dia. Sihat jerk. Rupanyer baru dapat tahu adik dia ader kanser.
Aku cuma tau adik dia sakit sebab eksiden dan bercuti hampir setahun. Tak sangka pulak kerana rokok, umurnyer takat tu jerk.
Ajal dan maut tu ditangan Tuhan.
Al-fatihah buat awrahnyer.
**************************************
Aku tak suka kematian binatang. Sadis sungguh. Itik yang satu tu sakit. Pagi tadi aku nampak dia hampir mati agaknya. Mak kata itek tu macam cirit birit. Makan pon tanak. Ayam-ayam mak pun macam tu. Aku takut selsema burung terkena kat mereka sume.
Aku sayang itik-itik kat rumah walaupon aku tak berani nak pegang. Mak nak sembelih pon aku tak bagi. Aku rasa itek-itek tu macam kucin-kucin kesayangan aku. Mereka suka lepak kat parking kete aku.
Pernah gak aku marah yang jantan sekor tu. Sebab dia suka patuk yang lain dan cuba menjajah tanah kat rumah tu. Kononnyer gangster la tu. Jantan sekor berekor lentik pulak terpaksa tidor kat bawah rumah. Aku geram.. aku cube kejar dengan sangkar untuk kurungkan si gangster. Walau terkedek-kedek dia lari, aku tetap tak dapat kejar.
Harap-harap itek-itek tu dilindungi dari sebarang penyakit. Kalo kucin aku sanggup antar p klinik. Tapi kalo itek.. apekan daya. Aku memang geli dengan binatang jenis berbulu burung ni. Aku tetap sayang itek-itek tu.
Labels: pets
7:52 AM |